Follow???

Music falling down

Saturday, February 4, 2012

ADAKAH DIA JODOH KITA???

Assalamualaikum...
Baru sahaja selesai membaca novel lantas mencapai laptop utk sedikit masa...
namun, hatiku terpahat pada sebuah artikel lalu membacanya...
Tajuk memang sentap! Namun, kubaca karena ada sesuatu yang menarik di dalamnya...
Isi kandungannya jelas sama seperti yang selalu kudengar tak kira dari ceramah agama atau sebagainya...

Bagaimana utk kita pasti, seseorang itu jodoh kita???

PERTAMA: Apabila bersama anda selesa dan bahagia
Ku percaya dengan "statement" itu... Pernahkah merasai perasaan seperti itu??? Percayalah bukan dengan semua orang utk kita berasa selesa ketika berada dekat dengannya. Maksud selesa itu pada pandanganku, rasa kasih dan sayang dirasai diulit kebahagiaan tak terkata...

KEDUA: Menjadi diri sendiri
Apabila bersama dengannya, jelas setiap tindakannya bersahaja tanpa buat-buat atau kita panggil "cover-cover". Bukankah itu tanda kemesraan dan juga tanda kita saling menerima???

KETIGA: Sentiasa bercakap jujur dan saling mempercayai
Ketahuilah bahawa, sikap yang sentiasa jujur dan perasaan saling mempercayai yang kuat adalah rahsia kepada keakraban. Mengapa saya bersetuju??? Jika anda mengalaminya, tidakkah anda terfikir betapa sayangnya pasangan anda terhadap anda sehinggakan tidak sanggup utk berbohong mahupun menghilangkan rasa yakin terhadap diri anda. Walaupun badai dtg melanda, jika hati kuat dan utuh, hubungan tetap bertaut jua...

KEEMPAT: Menerima dengan seadanya
Beruntunglah apabila seseorang dpt menerima diri kita seadanya. Baik dan buruk tentang diri kita tidak dijadikan satu benteng utk bersama. Bukankah kehidupan perlu saling melengkapi? Jika kita ada kekurangan, ade yang melengkapi dan memperbetulkan begitu juga sebaliknya...

KELIMA : mempunyai banyak persamaan
Hal ini aku dapati setelah membaca salah sebuah artikel oleh Dato' Fadzilah Kamsah.
Pernahkah anda mengalaminya? Jujur saya katakan pernah, namun saya sendiri bingung utk menyimpulkan apakah maknanya... Hanya doa mampu mengiringi segalanya. Harapkanlah yang terbaik...

KEENAM : Kata hati
Telah banyak kali ceramah yang kudengarkan tentang kata hati. Kemungkinan ku bersetuju bahawa kata hati itu baik utk dituruti. Manakan tidak, telah byk kali juga ku lalui perkara yang melibatkan kata hati dan ternyata ianya yang terbaik. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah pada diri kita, mengapakah hati kita bertaut kepadanya dan mengapakah kita sayang kepadanya... Adakah dia ditakdirkan untuk kita???

KETUJUH : MIMPI???
Benarkah mimpi itu mainan tidur sahaja? Yang sebenarnya, ku sendiri pernah mengalaminya... Akan tetapi, tetap jua banyak persoalan dalam minda. Mengapa??? Jika tak percaya pada tafsiran mimpi, ku pernah terbaca buku agama tentang Allah kadangkala memberi petunjuk dari mimpi dan aku pula seringkali meminta Allah berikan aku petunjuk, bukan tak pernah aku lalui menerima petunjuk dari mimpi... Sedangkan, kemasukan aku ke Universiti jua adlh sama seperti dalam mimpiku...Jika percaya pula, terdapat byk perkara yang membuatkan rasa ragu-ragu..... Namun, apa yang harus dilakukan??? Berdoa dan terus berdoa, karena, andai seseorang itu telah ditakdirkan menjadi jodoh kita, hanya ajal dan maut yang dapat memisahkan...

Setakat itu sahaja perkongsian...
Hasil dari pengamatanku setelah sekian lama terhadap ceramah-ceramah agama dan juga pengalaman untuk mengukuhkan rasa percaya...
Sekian~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...