Assalamualaikum semua...
Tadi, setelah pulang dari kelas di Stamford College, saya terasa bosan lalu saya pun online lah internet, laman sesawang
FACEBOOK juga menjadi salah satu pilihan.Cehhh! Bajet cm apa je... hehe. Saya tertonton video yang dijayakan oleh sahabat saya, Amirul Hafiz yang memberi briefing ttg Akuakultur memandangkan tdk lama lagi, kami bakal menerima junior2 dalam bidang kami ini.
BETUL! Saya setuju dgn apa yg telah diperkatakan oleh kawan saya itu, "Aquaculture is the
BEST field to study nowadays..."
Memandangkan saya kini bakal bergelar mahasiswi sedikit SENIOR (baru tahun 2 je pon), saya tahula serba sedikit ttg akuakultur ni... Sememangnya saya sendiri yang memilih bidang ini. Pd mulanya, saya ingin memohon bidang ini di Universiti Malaysia Sabah, tetapi brjaya
DIBENDUNG,
DIBANKANG oleh ibu bapa saya... tapi, memang Sabah tmpt trbaik sbnrnye.
Kita dah biasa mendengar bidang2 yang common seperti undang2, perubatan, farmasi dan lain2... Tak bosan ke? Taknak ke jadi lebih hebat? Dalam bidang akuakultur ni, anda boleh menjadi doktor, jurutera, profesor nak lebih lagi bole aim nak jadi menteri pertanian dan asas tani (hahaha)... Jarang kan dgr orang belajar bidang Akuakultur?
haaahhh, inilah
CHANCE beb! Kita adlh antara "The Beginner"... silap2 boleh try2 nak dpt anugerah
NOBEL (buat penyelidikan)...
Apa itu Akuakultur? Bioteknologi pernah dengar? Bagaimana pula dgn Agriculture?
Bioteknologi tu mestilah korang tahu kan... Tapi saya nak bgtahu dgn ringkas, Biotek adalah satu bidang dimana kita menggunakan proses2 biologi utk mencipta produk bg memberi faedah dan kecukupan kpd manusia. Jadi, tahukah anda bahawa Akuakultur diklasifikasikan dlm cabang Biotek. Biotek itu meluas! Bagaimana pula dgn Agriculture? Akuakultur juga merupakan "Underwater Agriculture".
Dalam akuakultur, kita AKAN "MENTERNAK", "MENUAI", "MEMPROSES" dan macam2 lagi... Ia melibatkan semua hidupan yang tinggal di air seperti
IKAN, UDANG, KETAM, SOTONG, RUMPAI AIR, TIRAM DAN LAIN2 Kita belajar ttg kawalan penyakit, kualiti air, bagaimana menghasilkan baka yg bagus, meningkatkan kreativiti dgn menghasilkan baka baru yang menakjubkan... Akuakultur kini menjadi hanya satu-satunya cara utk mempertingkatkan bekalan mknn utk memenuhi permintaan yg kian meningkat.
Apa yang penting dalam bidang ni???
AWAS! Pastikan anda mempunyai kemahiran menulis ya! Maksudnya menggunakan komputer lah... Ia penting bagi menyimpan rekod kolam/raceway, menerangkan keadaan penyakit atau ujian2 yg diperlukan. Apa yang ingin dikongsi, ilmu menggunakan komputer spt microsoft powerpoint, word dan lain2 juga penting... Sebagai
CONTOH, anda bekerja sebagai pembantu pengurus ladang. Anda perlu menilai kualiti air setiap hari. Semestinya anda perlu merekod semua data kan??? Jika anda cukup MASTER dalam penggunaan powerpoint, sudah tentu segala kerja menjadi mudah. Takkan anda nak taip satu2 kot, setiap masa... hehe
Peluang pekerjaan meluas;
1.
SAINTIS PENYELIDIKAN
2.
PENSYARAH/CIKGU - Permintaan tggi ketika ini memandangkan bidang ini masih suam2 kuku. Boleh mengajar di Politeknik@Sekolah Teknik@ yg berkaitan. Bagi yg berminat, boleh juga memohon biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) dimana anda perlu mengajar di Politeknik atau Sekolah Teknik stlh tamat pengajian.
3.
AQUACULTURE VETERINARIAN/FISH PATHOLOGIST - memberi khidmat ttg patogen dan cara2 menghalang patogen
4.
KONSULTAN - Menjadi perunding bg para penternak bg menjayakan ternakan (org penting)
5.
AQUACULTURE DIVERS - jangan lupa amik lesen SKUBA taw
6.
AQUACULTURE ENGINEERING
7.
PAKAR KAWALAN KUALITI8.
PEGAWAI KAWALAN KUALITI
9.
PAKAR PEMULIHARAAN TANAH
10.
PAKAR NUTRISI IKAN
11.
PEMBANTU PENGURUS LADANG - memindahkan dan menggred ikan, mengawal kualiti air dll...
12.
PEGAWAI PERIKANAN
13.
BANYAK LAGIIII...