Follow???

Music falling down

Friday, June 17, 2011

Solat Sunat Istikharah~

Assalamualaikum kawan2...
kali ni saya memenuhi permintaan kawan saya yang dah lama saya tak jumpa...
sejak tamat UPSR sampai sekarang...
kawan saya (Farhana) meminta agar saya menulis ttg solat istikharah...

selama ni, saya merujuk pd tiga buku utk melakukan solat sunat...

Buku yang plg sy suka ialah penulisan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia..

Solat Istikharah

Nabi ada bersabda maksudnya, Allah tidak mengecewakan orang yang memohon kebajikan dari-Nya. Sembahyang istikharah ini ialah sembahyang utk mengetahui penentuan ttg kebaikan dan keburukan pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan ibadat ini Allah menunjukkan petanda-Nya, kalau baik diteruskan dan kalau tidak baik tidak diteruskan. Sembahyang ini sebanyak dua rakaat.


Caranya:

Berniat. (Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah taala)

Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah dan "qulya ayyuhal kaafirun"

Pada rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah dan "qulhuwallahu ahad"

bila selesai solat, baca doa ni...

"Hai Tuhan sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, aku minta kekuatan dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Hai Tuhan,jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kinidan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku, dan elakkan dariku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."

tambahan:

Jabir bin Abdillah berkata: Adalah Rasulullah mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian baca-lah doa ini:

((اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ
مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ،
وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ آُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -
وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ
-أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ
فِيْهِ، وَإِنْ آُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ
وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ
وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ آَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ)).

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi perso-alanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, se-sungguhnya Engkau Mahakuasa, se-dang aku tidak kuasa, Engkau mengeta-hui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendak-nya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terha-dap diriku atau -Nabi n bersabda: …di dunia atau akhirat- sukseskanlah untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian beri-lah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, per-ekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja keba-ikan itu berada, kemudian berilah kere-laanMu kepadaku.” (HR. Al-Bukhari 7/162.)

Tidak menyesal orang yang beristi-kharah kepada Al-Khaliq dan bermusya-warah dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman:

“… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…” (Ali Imran, 3: 159)

Ok... Farhana. Saya harap awak berpuas hati... Begitu juga utk semua pembaca... :D

Tuesday, June 14, 2011

Hatiku tak tertahan...

Assalamualaikum kawan2...

Wahhh... Eika rasa dah rindu sgt2 nak balik UMT...
Kat rumah tak bosan pun memandangkan Eika kne g kelaz hari2 kat Stamford college...
Hurm...
Eika terasa nak balik UMT la sbb dah lama tak balik situ... itu je...
Anyway, Eika enjoy kat situ sbb Eika dpt join macam2 aktiviti...
Eika plg aktif waktu semester 2...
dari situ Eika dpt mengenali ramai org, pelbagai ragam manusia...
Dah lalui dh pahit manis... duka, happy...
Walaubagaimanapun, Eika sayang semua kawan2 Eika terutama geng (safari)dan all my coursemates dan juga semua rakan2 yang Eika pernah kenali...
Selain itu, kat UMT Eika ada ramai senior... I luv all my seniors...
hurm...
apela Eika cakap banyak2...
Walaubagaimanapun...
Eika bersyukur sbb Eika dh pilih course yang terbaik...
Eika mengharapkan yang terbaik sahaja... AMIN!

Tips menyisih cinta yang tak diundang~

1. Yakin pada Allah Yang Maha Memahami.

Kasihan adikku yang sedar akan gangguan hati yang datang. Ketahuilah adikku… Allah memahami perasaanmu. Allah Yang Maha Mendengar tahu engkau bersungguh-sungguh datang kepadaNya… mengabdikan dirimu padaNya seluruh jiwa raga… namun apakan daya… engkau hanya insan lemah.

2. Tipu daya syaitan sangat lemah sebenarnya.

Allah memberitahu kita bahawa syaitan dan tipudayanya itu lebih lemah selagi engkau berterusan menyeru namaNya. Allah berkata dalam surah al-Nisa’, ayat 76,

اِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيْفًا
Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Justeru jangan berhenti dari mujahadah. Meskipun engkau sering keletihan melawan perasaan.

3. Menjauhkan diri dari si dia yang menjadi wasilah iblis untuk melalaikan hatimu.

Jauhkan diri dari bertemu si dia selagi boleh. Kalau terpaksa bertemu kerana ada urusan, maka berusahalah meringkas- padatkan perbualan pada perkara-perkara penting sahaja. Usah dituruti nafsu remajamu yang sedang mekar dipermainkan nafsu dan iblis. Niatkan kerana Allah, Allah pasti membantu.

Allah menukilkan ejekan syaitan kepada manusia dalam surah Ibrahim, ayat 22,

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Apa yang kita fikirkan setelah meneliti ayat ini? Syaitan menyatakan bahawa kuasanya hanya dapat mengajak kita sahaja. Dia langsung tiada kuasa memaksa kita melakukan menurut kehendaknya. Kita sendirilah yang berkuasa menentukan apa yang kita mahu.

Jika kita memilih ‘mahu’ menurut kehendak dan reda Allah, maka mohonlah kekuatan kepadaNya.
Sempitkan jalan nafsu dengan berpuasa sunat. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kita yang lebih banyak dari waktu yang ada. Insya Allah, apabila kita fokus pada sesuatu perkara, kita akan dapat melupakan perkara lain. Insya Allah.

Allah berkata dalam surah Al Ahzaab, ayat 4,

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.

Maksudnya kita tidak mampu menumpukan dua perkara dalam satu masa. Bila hati sedang khusyuk ingat Allah, mustahil hati boleh pula ingat perkara-perkara lain.

Lidah yang berzikir belum tentu hatinya turut berzikir. Tapi hati yang berzikir akan membuatkan lidahnya turut berzikir. Jadi beri tumpuan pada hati.

4. Maafkan diri sendiri atas perkara yang tidak disengajakan. Sedangkan Allah tidak mengambil kira perbuatan yang tersalah.

وَ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيْمَاۤ اَخْطَاْتُمْ بِهٖۙ وَلٰكِنْ مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوْبُكُمْ‌ؕ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا
Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ahzaab, 5

5. Usah jemu bermujahadah.

Ingatlah adikku, setiap mujahadahmu diberi perhatian oleh Allah. Ganjaran pahala sedia menanti. Justeru untuk apa engkau merasa jemu?

Allah berkata dalam surah Al-Naazi’aat, ayat 40 dan 41,
Sesiapa yang takut akan kedudukan Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.

Iya adikku, kalau kita lakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah maka Allah menjanjikan syurga buat kita. Menangislah syaitan dan iblis apabila kita terus bersemangat bermujahadah agar mendapat jiwa yang tenang.

6. Bertaubat dari kesalahan yang kita sendiri usahakan dengan sengaja.

Jika terdapat unsur-unsur derhaka kepada Allah sehingga kita ditimpa ‘bala perasaan’ itu seperti tidak menjaga batas pergaulan, maka pahitnya mujahadah itu adalah sebagai kaffarah dosa-dosamu. Teruslah menuju Tuhanmu. Jangan berputus asa. Allah Maha Mendengar rayuan dan keluhanmu.

Tatkala dosamu diampunkan Tuhan, insya Allah, Allah lapangkan dadamu dan melepaskan dirimu dari belenggu perasaan yang menyiksa.

7. Beri tempoh untuk diri sendiri.

Berilah juga masa untuk perasaan itu hilang dari dirimu. Usah dilayan dan juga usah dipaksa pergi.

Perasaan adalah suatu hal yang sungguh halus dan bergantunglah kejap-kejap pada Yang Maha Memahami. Allah pasti membantu.

Ingatlah janji Allah yang dinukilkan dalam Surah Al-Ankabut, ayat 69,

وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ‌ؕ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, pasti Kami akan pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Sebenarnya masih banyak konsep atau prinsip asas dalam Islam yang boleh membantu kita bermujahadah. Memadailah saya menggariskan perkara-perkara yang paling penting sebagai panduan beramal.



Beginikah cinta?
Buat gadisku, simpanlah ‘mawaddah dan rahmah’ itu hanya untuk suamimu yang sah. Indahnya ‘mawaddah dan rahmah’ itu sudah pun kunikmati bersama suami yang Allah ciptakan dan janjikan untukku. Kusimpan ia sejak usiaku mengenal baligh. Indahnya ajaran Islam. Usah diraikan Valentine Day. Ia bukan budaya Islam. Tahniah buat anda yang punya pengalaman seperti saya. Segala puji hanya untukMu Tuhan yang memilih kami meniti jalanMu.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


sumber: http://keranacinta.wordpress.com/

p/s: dapatkah Eika melakukannya... wahai hati. Kekallah engkau teguh dan hindari aku dari kemaksiatan...

Friday, June 10, 2011

My Fisrt Day at Stamford...

Assalamualaikum semua...

EIka dah lama tak menulis sesuatu dalam blog Eika...
Tak ada masa sbb cuti 4 bulan ni, Eika kena pergi kelas jugak...
9hb Jun, Eika dah mendaftarkan diri di Stamford College utk Intensive English Programme...
Kelas Eika pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat...
Mcm tu la rutin Eika hingga 26 Ogos nanti...
Kemudian, 1 September Eika trus pulang ke UMT semula utk semester baru...

Kelas Eika di Stamford pun ok je...
Ada 20 org student...
2 dari Korea, 2 dari Iran, sorang dari Jordan...
ada Indian gurl, malay dan Chinese gurl... One Malaysia...
Okla... Eika nak siapkan kerja dahulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...