Follow???

Music falling down

Friday, October 1, 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim...

DOA RABITAH

Ya Allah menjelanglah kini malam ciptaanmu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta drpd du’ah-Mu maka oleh itu ampunkanlah dosaku.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yg telah dibayangkan td) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-mu, bersatu memikul beban dakwah-mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yg sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dgn cahaya Rabbani-Mu yg tdk kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sbnr ttg-Mu).

Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolonh. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Restuilah Ya Allah atas Nabi Muhammad keluarga bainda dan sahabat seluruhnya. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...