Follow???

Music falling down

Wednesday, December 29, 2010

BAGAIMANA MENILAI SESEORANG~

Untuk pengetahuan semua, sifat paling dominan yang ada dalam diri seseorang itulah yang mencerminkan peribadinya. Beruntung juga kan kalau seorang yang dilihat baik sentiasa, kalau ia kadangkala "ter" buat silap orang akan tutup mata sahaja...

Walaubagaimanapun, kita hendaklah menjadi diri kita sendiri bukan hanya pura-pura baik atau sebagainya. Dalam sebuah hadis, "Setiap orang diciptakan menurut bakatnya masing-masing".
Pada pendapat saya lah, saya mempunyai bakat dalam investigate... hehehe

Jadilah orang yang berpenampilan disegani. Saya tak boleh nak kata penampilan disegani tu macam mana. hehe. Tapi, pada pendapat saya lah, seseorang yang sentiasa menerapkan integriti dan amalan toleransi, menghormati hak orang lain serta jujur dalam segala-galanya. Selain itu, disiplin yang sangat tinggi juga membentuk peribadi yang terbaik. Mungkin ada orang akan kata, "alah, orang yang sempoi tu pun berjaya je aku tengok..."
hahaha... Jgn lihat contoh yang begitu... Kalau kita contohi perkara yang tak baik tak semestinya kita akan dapat apa yang dia dapat. Lagipun, kalau pun orang yang attitude nye tak baik tu berjaya sekarang, belum tentu dia berjaya sampai bila-bila...
Boleh jadi dia akan mundur suatu hari nanti...

Saya ada sedikit cebisan dari buku "La Tahzan..."

Ketika dalam kemudahan hamba itu bertaqwa kepada Allah, menjaga semua batasan-batasanNya, dan memelihara semua hak-hakNya, maka sebenarnya ia telah mengenalkan diri kepada Allah dengan semua yang telah ia lakukan. Pengenalan ini telah menjadi pengenalan khusus yang menuntut seorang hamba mendekatkan diri kepada tuhannya.

Jika seseorang hamba diuji dengan ujian yang tidak disukainya, lalu hamba itu sabar dan tabah menghadapinya, maka Allah menurunkan cubaan itu bukan untuk membinasakan ia malah untuk menguji sejauh mana kesabarannya dan ubudiyyahnya dan ujian itu menjadi sesuatu yang menyenangkannya dan dianggap kurnia baginya...

Tuesday, December 14, 2010

Chocolate~




Cik eika si peminat coklat...
Kalau naktau, saya hantu coklat. hehe...
Makan coklat pun kenyang taw...
Kalau sesapa nk bagi hadiah, bg coklat pn tak apa... hehehe...
ceh, macam la orang nk bagi hadiah kat kite ya...
Tahu x coklat ni byk khasiat nye???
Mari kita lihat apa dy khasiat coklat.
1. Kaya dengan antioxidant ~ ia membantu dlm mencegah sakit jantung dan kanser. Kandungan nye sama mcm dalam teh hijau, jus oren, jagung, pisang...
2. Menguatkan sistem pertahanan badan~
3. Sebagai bahan penenang ketika stress~
4. Meningkatkan kadar magnesium dalam badan bagi wanita yang menghadapi PMS
5. Menurunkan tekanan darah
6. Mencegah penuaan dan memanjangkan umur
7. Membuat kita rasa lebih ceria dan menghilangkan stress

Baiklah, jadi, percaya tak saya cakap coklat ni best???
Mesti lepas ni korang nak ikut jejak langkah saya, sukakan coklat...
Tp jangan makan coklat @ apa2 makanan yang berlebihan...
Sb apa?
ha, kalau nk tawu punca gemuk kerana banyak sgt kalori yg x dpt dicerna la...
Oleh itu, jaga kesihatan dengan mengamalkan diet seimbang dan bersenam....

Sunday, December 12, 2010

Berita~

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memberi tumpuan kepada sektor bukan makanan berimpak tinggi terutama ikan hiasan dan rumpai laut dalam usaha meningkatkan nilai tambah kepada ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata sarang burung walit, ternakan ikan hiasan dan rumpai laut antara sektor bukan makanan berimpak tinggi yang akan diberikan penekanan tahun ini berikutan ia berpotensi tinggi untuk berkembang.

Malah, katanya, aspek biosekuriti juga akan dipertingkatkan bagi memastikan sektor bukan makanan berimpak tinggi itu terutama ikan hiasan mampu dieksport keluar negara seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai pasaran lebih luas.

"Kita (kementerian) akan memastikan menjelang 2012, penggunaan biosekuriti terhadap ikan hiasan tempatan akan diwajibkan, bagi memastikan produk kita ini boleh memasuki pasaran EU.

"Kita tidak mahu aspek biosekuriti ini menyebabkan kita tidak dapat mengeksport ikan hiasan ke EU seperti yang berlaku kepada ikan koi dan emas tempatan," katanya kepada media selepas selepas menyampaikan amanat Tahun Baru pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini, semalam.

Sementara itu, dalam amanatnya, Noh berkata, pada suku ketiga 2009, sektor pertanian menyumbang nilai tambah sebanyak 7.98 peratus kepada ekonomi negara iaitu menurun kepada RM10.71 bilion berbanding RM10.76 bilion pada 2008.

"Sektor bukan makanan menyumbang sebanyak 4.38 peratus atau RM5.88 bilion manakala sektor makanan menyumbang sebanyak 3.6 peratus atau RM4.83 bilion.

"Bagi suku ketiga 2009, sektor pertanian mengalami pengucupan sebanyak 0.5 peratus berbanding suku ketiga 2008 berikutan penurunan dalam sektor bukan makanan sebanyak lima peratus," katanya.

Friday, December 10, 2010

SEMESTER SATU~~~

Telah berakhir semester satu...
Bs... 2 Disember 2010.... huhu
First time naik bas sp bumi...
dlm bas muntah 5 kali.... pening pale spnjg pjlnn...

Nmpk nye saye akn rindu mereka...
(hajar, aiffa, mirul, anne dan lain2...)
hopefully korang dapat best result nanti...
Semester dua buat betul2....

Thursday, December 9, 2010

ReSepi kek kUkuS~~~

kek kukus memang seronok untuk dibuat memandangkan ia tahan lama. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menyediakan bekalan makanan untuk satu tempoh yang lama, saya cadangkan penyediaan kek kukus sebagai salah satu menu.

Nk tahu bagaimana utk membuat kek kukus?????
Skrg cik Eika akan memberikan resepi nye....
Selamat mencuba!

mula2, sediakan;

1 kati tepung
1 kotak besar mix fruit
2 cawan planta/ 1 tin golden churn
2 cawan gula kasar & 2 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh krim of tartar
6 biji telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh esen oren
Badam hiris @ buah pala serbuk

Cara:

I: Tepung + mix fruit + cream of tartar + bicarbonat + baking powder
(jemur 10 minit)

II:Kembangkan planta + gula perang, masukkan telur sebiji2 + esen
kembangkan...

itu sahaja....:D

Akuakultur di Malaysia~~~

Zon Akuakultur Negara terletak dikawasan Parlimen P188 Silam telah diluluskan oleh kerajaan. Peluang pekerjaan dikalangan penduduk tempatan akan semakin berkembang kerana kawasan yang diwartakan oleh kerajaan adalah meliputi kawasan yang sangat luas dan memberi satu sumber baru yang boleh dikomersilkan di peringkat negara ddan antarabangsa.Tanaman ini selain menjadi makanan rutin dan jualan ianya juga boleh dijadikan produk ubatan,herba dan kosmetik kecantikan.

Negeri Sabah berpotensi untuk menjadi kawasan jelapang akuakultur di Malaysia.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk tujuan pembangunan akukultur di negara ini dianggarkan sejumlah 491,359 hektar.

Katanya, daripada jumlah itu seluas 182,260 hektar atau 37 peratus adalah terletak di negeri ini yang meliputi kawasan laut terbuka, teluk, persisiran pantai dan perairan umum di daratan.

“Berdasarkan luas kawasan yang berpotensi untuk pembangunan akuakultur, Negeri Sabah mempunyai potensi untuk menjadi jelapang akuakultur (aquaculture bowl) di negara ini dan potensi ini telahpun diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Mengikut unjuran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat, Negeri Sabah boleh menyumbang lebih kurang 207,200 tan metrik keluasan akuakultur bernilai hampir RM2.5 bilion menjelang tahun 2010.

ub sektor akuakultur air tawar memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Negeri Sabah. Selain menyumbang peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi, sub sektor ini juga menyumbang sumber protin utama khususnya bagi penduduk di luar bandar.

Negeri sabah mempunyai bilangan penternak ikan air tawar dan bilangan kolam tanah terbanyak berbanding dengan negeri-negeri yang lain di negara ini. Mengikut perangkaan sedia ada, terdapat 6,166 orang terlibat dalam ternakan ikan air tawar di Sabah.

(petikan dari internet)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...