Follow???

Music falling down

Wednesday, April 6, 2011

DOA MEMOHON KEJAYAAN~




Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Sepertimana biasa, setiap orang perlu meminta dari Allah agar segala perjalanan bagi menghadapi peperiksaan berjalan dengan redha dan lancar... Eika nak ucapkan selamat berjuang semua! jangan lupa hadiri solat hajat perdana di Surau Al Irfan bagi pelajar2 UMT, Eika bertugas sebagai AJK Surau, sebarang pertanyaan silalah bertanya kpd Eika...

3 comments:

  1. Assalamualaikum, kak zulaikha. (n_n)
    lama dh ana x dngr khabar dr akq. sihat?
    anyway, nice post. :D
    Thanks ea, kak coz share doa2 ni.
    Semoga ape yg akq lakukan mndpt balasan yg baik dr Allah SWT. InsyaAllah. =)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, syakirin...
    lama tak dgr khabar juga... akak sihat.
    y0u are welc0me... akak pun nak exam...
    blaja rajin, jangan sesekali putus asa terutama utk bahasa arab... (n_n)

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SHARE ...
    HANYA ALLAH S.W.T YANG MAMPU MEMBALAS BUDI BAIK ANDA ...
    TOLONG DOAKAN KEJAYAAN SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA YANG LAIN ...
    SEMOGA ALLAH S.W.T MENGASIHI , MENYAYANGI , MERAHMATI DAN MEREDHAI KITA SEMUA ... SERTA MEMBERIKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT BUAT KITA SEMUA ...

    AMIN YA RABB ...

    ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...