Follow???

Music falling down

Thursday, December 9, 2010

Akuakultur di Malaysia~~~

Zon Akuakultur Negara terletak dikawasan Parlimen P188 Silam telah diluluskan oleh kerajaan. Peluang pekerjaan dikalangan penduduk tempatan akan semakin berkembang kerana kawasan yang diwartakan oleh kerajaan adalah meliputi kawasan yang sangat luas dan memberi satu sumber baru yang boleh dikomersilkan di peringkat negara ddan antarabangsa.Tanaman ini selain menjadi makanan rutin dan jualan ianya juga boleh dijadikan produk ubatan,herba dan kosmetik kecantikan.

Negeri Sabah berpotensi untuk menjadi kawasan jelapang akuakultur di Malaysia.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk tujuan pembangunan akukultur di negara ini dianggarkan sejumlah 491,359 hektar.

Katanya, daripada jumlah itu seluas 182,260 hektar atau 37 peratus adalah terletak di negeri ini yang meliputi kawasan laut terbuka, teluk, persisiran pantai dan perairan umum di daratan.

“Berdasarkan luas kawasan yang berpotensi untuk pembangunan akuakultur, Negeri Sabah mempunyai potensi untuk menjadi jelapang akuakultur (aquaculture bowl) di negara ini dan potensi ini telahpun diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Mengikut unjuran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat, Negeri Sabah boleh menyumbang lebih kurang 207,200 tan metrik keluasan akuakultur bernilai hampir RM2.5 bilion menjelang tahun 2010.

ub sektor akuakultur air tawar memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Negeri Sabah. Selain menyumbang peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi, sub sektor ini juga menyumbang sumber protin utama khususnya bagi penduduk di luar bandar.

Negeri sabah mempunyai bilangan penternak ikan air tawar dan bilangan kolam tanah terbanyak berbanding dengan negeri-negeri yang lain di negara ini. Mengikut perangkaan sedia ada, terdapat 6,166 orang terlibat dalam ternakan ikan air tawar di Sabah.

(petikan dari internet)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...