Follow???

Music falling down

Friday, August 5, 2011

Kenali Bidang Akuakultur~

Assalamualaikum semua...

Tadi, setelah pulang dari kelas di Stamford College, saya terasa bosan lalu saya pun online lah internet, laman sesawang FACEBOOK juga menjadi salah satu pilihan.Cehhh! Bajet cm apa je... hehe. Saya tertonton video yang dijayakan oleh sahabat saya, Amirul Hafiz yang memberi briefing ttg Akuakultur memandangkan tdk lama lagi, kami bakal menerima junior2 dalam bidang kami ini. BETUL! Saya setuju dgn apa yg telah diperkatakan oleh kawan saya itu, "Aquaculture is the BEST field to study nowadays..."

Memandangkan saya kini bakal bergelar mahasiswi sedikit SENIOR (baru tahun 2 je pon), saya tahula serba sedikit ttg akuakultur ni... Sememangnya saya sendiri yang memilih bidang ini. Pd mulanya, saya ingin memohon bidang ini di Universiti Malaysia Sabah, tetapi brjaya DIBENDUNG, DIBANKANG oleh ibu bapa saya... tapi, memang Sabah tmpt trbaik sbnrnye.

Kita dah biasa mendengar bidang2 yang common seperti undang2, perubatan, farmasi dan lain2... Tak bosan ke? Taknak ke jadi lebih hebat? Dalam bidang akuakultur ni, anda boleh menjadi doktor, jurutera, profesor nak lebih lagi bole aim nak jadi menteri pertanian dan asas tani (hahaha)... Jarang kan dgr orang belajar bidang Akuakultur?
haaahhh, inilah CHANCE beb! Kita adlh antara "The Beginner"... silap2 boleh try2 nak dpt anugerah NOBEL (buat penyelidikan)...

Apa itu Akuakultur? Bioteknologi pernah dengar? Bagaimana pula dgn Agriculture?
Bioteknologi tu mestilah korang tahu kan... Tapi saya nak bgtahu dgn ringkas, Biotek adalah satu bidang dimana kita menggunakan proses2 biologi utk mencipta produk bg memberi faedah dan kecukupan kpd manusia. Jadi, tahukah anda bahawa Akuakultur diklasifikasikan dlm cabang Biotek. Biotek itu meluas! Bagaimana pula dgn Agriculture? Akuakultur juga merupakan "Underwater Agriculture".

Dalam akuakultur, kita AKAN "MENTERNAK", "MENUAI", "MEMPROSES" dan macam2 lagi... Ia melibatkan semua hidupan yang tinggal di air seperti IKAN, UDANG, KETAM, SOTONG, RUMPAI AIR, TIRAM DAN LAIN2 Kita belajar ttg kawalan penyakit, kualiti air, bagaimana menghasilkan baka yg bagus, meningkatkan kreativiti dgn menghasilkan baka baru yang menakjubkan... Akuakultur kini menjadi hanya satu-satunya cara utk mempertingkatkan bekalan mknn utk memenuhi permintaan yg kian meningkat.

Apa yang penting dalam bidang ni??? AWAS! Pastikan anda mempunyai kemahiran menulis ya! Maksudnya menggunakan komputer lah... Ia penting bagi menyimpan rekod kolam/raceway, menerangkan keadaan penyakit atau ujian2 yg diperlukan. Apa yang ingin dikongsi, ilmu menggunakan komputer spt microsoft powerpoint, word dan lain2 juga penting... Sebagai CONTOH, anda bekerja sebagai pembantu pengurus ladang. Anda perlu menilai kualiti air setiap hari. Semestinya anda perlu merekod semua data kan??? Jika anda cukup MASTER dalam penggunaan powerpoint, sudah tentu segala kerja menjadi mudah. Takkan anda nak taip satu2 kot, setiap masa... hehe

Peluang pekerjaan meluas;

1. SAINTIS PENYELIDIKAN

2. PENSYARAH/CIKGU - Permintaan tggi ketika ini memandangkan bidang ini masih suam2 kuku. Boleh mengajar di Politeknik@Sekolah Teknik@ yg berkaitan. Bagi yg berminat, boleh juga memohon biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) dimana anda perlu mengajar di Politeknik atau Sekolah Teknik stlh tamat pengajian.

3. AQUACULTURE VETERINARIAN/FISH PATHOLOGIST - memberi khidmat ttg patogen dan cara2 menghalang patogen

4. KONSULTAN - Menjadi perunding bg para penternak bg menjayakan ternakan (org penting)

5. AQUACULTURE DIVERS - jangan lupa amik lesen SKUBA taw

6. AQUACULTURE ENGINEERING

7. PAKAR KAWALAN KUALITI

8. PEGAWAI KAWALAN KUALITI

9. PAKAR PEMULIHARAAN TANAH

10. PAKAR NUTRISI IKAN

11. PEMBANTU PENGURUS LADANG - memindahkan dan menggred ikan, mengawal kualiti air dll...
12. PEGAWAI PERIKANAN

13. BANYAK LAGIIII...

13 comments:

  1. hahaha.... makin cun blog ko... aku lama dah x hapdate... nak tukar template r pas ni..huhu

    ReplyDelete
  2. waw!sronok....mlenye mmg xtau lgsung tntg kos ni...tu yg crik2 mklumat skit...amat mmbntu ps bce blog ni...pelg tntg akuakultur...thanks...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..slm ukhwah..salam perkenalan...alhamdulillah, gembira bila ada insan yg mmpromosiakan akuakultur ni..akak pu student akua juga d UMS.. baru je abes taun ni...mgkin xde rezeki kita berjumpa ya..kalo dik blaja d ums, mgkin kita dah kenal..nway, good luck..akua mmg bes..akak smpat praktikal akua ni d jepun bulan 5 ari2 n slh sorang penerima bsswa SLTP..akak doakan adik berjaya.. ^^
    go2 akua girlz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..nk tny,, biasiswa sltp tu blh mohon bile ye?

      Delete
    2. Saya dapat tawaran dalam bdang ni dkat poli...tapi bnyak orang cakap bidang ni xde msa dpan..betul ke???pada pndpat sya scara peribadi sya amat tdak stuju..

      Delete
  4. salam perkenalan akak..wah, mcm best je bidang ni..eira dpt tawaran bidang ni dkt umt, bln 9 ni dftar..blog akak amat membantu..thanks:)

    ReplyDelete
  5. Thanks 4 the information :) insyaAllah kalau ade rezeki sy akan myambung bacelor pertanian akuakultur di upm bln 9 nnt.

    ReplyDelete
  6. Salam kak saya dapat offer aquaculture kat ums and i know nothing pasal course ni , so how can i contact you for you to explain further or senang saya nak tanya2😂 bagi twitter pon takpee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru prasan komen nih.. boleh email je zulaihazolkaply@gmail.com

      Delete
  7. Saya bercita-cita nk jdi akuakultur dan saya skrang masih f4 . Apa yg prlu saya buat untk mnjdi akuakultur . Rakan2 saya suka pdang rngan pada bidang ini. Kadang2 jdi xsmngat untk kejar cita2

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak.. Terima kasih sbb akk bg keterangan skit pasal bidang akuakultur nie.. Saya ditawarkn bidang akuakultur nie.. Tapi saya tak yakin nk pegi.. lepas saya bace blog nie..terbukak hati saya nk ceburi bidang nie.. Akak doakn saya ye.. Lagi dua minggu insya'Allah saya jadi junior akak kot.. Hehe.. Saya dpt bidang nie kt politeknik jeli,Kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum...saye pon dapat bidang akuakultur jugak di politeknik jeli,kelantan,blog akak dpt mmberi saye samanangat untuk teruskan belajar dlbidang akua ni.farahani mawar! jumpa disane ye...;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...