Follow???

Music falling down

Thursday, May 5, 2011

Tamat sudah minggu penyeksaan...

Pada jam 11.00 pagi 4hb Mei 2011, Eika menarik nafas lega (utk seketika) sbb tamatnya kertas peperiksaan yang terakhir iaitu "Water Quality Management"...

Padahal paper terakhir tu Eika ternganga-nganga kot nak jawab... huhuhu
Eika target2 soalan derive utk nak dapatkan unionized ammonia tu keluar, tapi tak keluar pula... sedey...
soalan esei Eika pilih soalan 2. hahhaa... tah hape2 Eika melalut kan...
Soalan objektif Eika ada senjata, dsbbkn soalan nye keliru, Eika baca bismillah, doa, seterusnya Eika tembak ajela... gugup masa jawab soalan periksa...

Keseluruhannya, semester ni Eika dah nampak kemerosotan Eika dalam semua subjek.
Mungkin semester depan Eika perlu lebih maju ke hadapan... Eika memang sibuk dgn pelbagai tugas dan tanggung jawab, tapi sedaya upaya Eika membahagikan masa...

Semester lepas, Eika berjaya mendapatkan keputusan yang kira ok la.
Eika dapat 4A, 2A- dan 1B- utk semester lepas...
Kira selamat la sem lepas, sbb masa exam Eika sakit...
Alhamdulillah semester ni Eika sihat sampai habis exam...
Sbb, semester ni keseluruhannya Eika tak mencapai target, kalau sakit, habislah Eika
Alhamdulillah Allah tolong Eika...

Walaubagaimanapun, Eika sangat2 berdebar dan takut menunggu keputusan peperiksaan...
Eika berharap keputusan peperiksaan tidaklah menjadi terlalu teruk...
Eika sekarang sedang memohon tajaan biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA)... Semoga segalanya dipermudahkan... Amin!

Tabahlah wahai diri...

Tidak lama lagi aku akan melangkah ke semester 3...
Aku cukup berdebar dan banyak perancangan yang aku sedang rangkakan...
Yang perlu aku lakukan ialah, "Jangan bazirkan setiap detik yang ada..."

Dalam kamus diriku, aku telah catatkan...
1. moto diriku, "menjadi yang terbaik antara yang terbaik!"
2. matlamat : utk menjadi seorang yang sentiasa teguh pendirian, tabah serta sentiasa maju ke hadapan tanpa rasa negatif yang memundurkan diri
3. aku ingin menjadi insan berguna agar dpt memberi manfaat kepada org lain

pada semester 3, aku akui banyak cabaran yang bakal aku tempuhi...
sesungguhnya, aku percaya dan yakin bahawa walau apapun kesusahan dan beban yang aku lalui, Allah sahaja yang dapat membantu...
Semoga aku akan teguh menghadapisegala kesulitan dan ujian...
Apa yang aku inginkan ialah KEJAYAAN!!!

Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang teguh, lidah yang sentiasa basah menyebut menyebut nama-Mu, badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Mu...
Permudahkanlah segala urusanku...
Jadikanlah aku seorang insan yang tabah menghadapi segala cabaran dan ujian...
Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui kehendak hatiku... AMIN.

Perancangan aku utk semester 3:
1. bergiat aktif dalam beberapa program kelab (aku dah jd ajk/setiausaha)
2. menjalankan projek utk kemajuan kelab akademik
3. menjadi salah seorang pelajar anugerah dekan kelas pertama
4. dapat menghadapi tekanan assignment & lab serta subjek2 susah
5. rahsia (bz gile yang ni)
6. menjadi fasilitator minggu jalinan mesra (kejap je)
7. peranan dalam tanggung jawab yang dipikul

Jadi, perancangan aku semasa cuti ni...
Aku akan manfaatkan masa2 aku sebaik mungkin agar kejayaan masa hadapan menjadi milikku... Semoga planning 'rahsia' yang akan aku lakukan selama 4 bulan bercuti ni, BERJAYA... amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...