Follow???

Music falling down

Wednesday, December 29, 2010

BAGAIMANA MENILAI SESEORANG~

Untuk pengetahuan semua, sifat paling dominan yang ada dalam diri seseorang itulah yang mencerminkan peribadinya. Beruntung juga kan kalau seorang yang dilihat baik sentiasa, kalau ia kadangkala "ter" buat silap orang akan tutup mata sahaja...

Walaubagaimanapun, kita hendaklah menjadi diri kita sendiri bukan hanya pura-pura baik atau sebagainya. Dalam sebuah hadis, "Setiap orang diciptakan menurut bakatnya masing-masing".
Pada pendapat saya lah, saya mempunyai bakat dalam investigate... hehehe

Jadilah orang yang berpenampilan disegani. Saya tak boleh nak kata penampilan disegani tu macam mana. hehe. Tapi, pada pendapat saya lah, seseorang yang sentiasa menerapkan integriti dan amalan toleransi, menghormati hak orang lain serta jujur dalam segala-galanya. Selain itu, disiplin yang sangat tinggi juga membentuk peribadi yang terbaik. Mungkin ada orang akan kata, "alah, orang yang sempoi tu pun berjaya je aku tengok..."
hahaha... Jgn lihat contoh yang begitu... Kalau kita contohi perkara yang tak baik tak semestinya kita akan dapat apa yang dia dapat. Lagipun, kalau pun orang yang attitude nye tak baik tu berjaya sekarang, belum tentu dia berjaya sampai bila-bila...
Boleh jadi dia akan mundur suatu hari nanti...

Saya ada sedikit cebisan dari buku "La Tahzan..."

Ketika dalam kemudahan hamba itu bertaqwa kepada Allah, menjaga semua batasan-batasanNya, dan memelihara semua hak-hakNya, maka sebenarnya ia telah mengenalkan diri kepada Allah dengan semua yang telah ia lakukan. Pengenalan ini telah menjadi pengenalan khusus yang menuntut seorang hamba mendekatkan diri kepada tuhannya.

Jika seseorang hamba diuji dengan ujian yang tidak disukainya, lalu hamba itu sabar dan tabah menghadapinya, maka Allah menurunkan cubaan itu bukan untuk membinasakan ia malah untuk menguji sejauh mana kesabarannya dan ubudiyyahnya dan ujian itu menjadi sesuatu yang menyenangkannya dan dianggap kurnia baginya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...