Follow???

Music falling down

Thursday, May 5, 2011

Tabahlah wahai diri...

Tidak lama lagi aku akan melangkah ke semester 3...
Aku cukup berdebar dan banyak perancangan yang aku sedang rangkakan...
Yang perlu aku lakukan ialah, "Jangan bazirkan setiap detik yang ada..."

Dalam kamus diriku, aku telah catatkan...
1. moto diriku, "menjadi yang terbaik antara yang terbaik!"
2. matlamat : utk menjadi seorang yang sentiasa teguh pendirian, tabah serta sentiasa maju ke hadapan tanpa rasa negatif yang memundurkan diri
3. aku ingin menjadi insan berguna agar dpt memberi manfaat kepada org lain

pada semester 3, aku akui banyak cabaran yang bakal aku tempuhi...
sesungguhnya, aku percaya dan yakin bahawa walau apapun kesusahan dan beban yang aku lalui, Allah sahaja yang dapat membantu...
Semoga aku akan teguh menghadapisegala kesulitan dan ujian...
Apa yang aku inginkan ialah KEJAYAAN!!!

Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang teguh, lidah yang sentiasa basah menyebut menyebut nama-Mu, badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Mu...
Permudahkanlah segala urusanku...
Jadikanlah aku seorang insan yang tabah menghadapi segala cabaran dan ujian...
Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui kehendak hatiku... AMIN.

Perancangan aku utk semester 3:
1. bergiat aktif dalam beberapa program kelab (aku dah jd ajk/setiausaha)
2. menjalankan projek utk kemajuan kelab akademik
3. menjadi salah seorang pelajar anugerah dekan kelas pertama
4. dapat menghadapi tekanan assignment & lab serta subjek2 susah
5. rahsia (bz gile yang ni)
6. menjadi fasilitator minggu jalinan mesra (kejap je)
7. peranan dalam tanggung jawab yang dipikul

Jadi, perancangan aku semasa cuti ni...
Aku akan manfaatkan masa2 aku sebaik mungkin agar kejayaan masa hadapan menjadi milikku... Semoga planning 'rahsia' yang akan aku lakukan selama 4 bulan bercuti ni, BERJAYA... amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...