Follow???

Music falling down

Tuesday, May 17, 2011

Mesti nak tahu kan...

Assalamualaikum kawan2...
Eika dah beberapa hari tak menulis sbb blog ni asik tak dpt buka je...
Cuti2 ni Eika ada hobi baru...
"Membaca"...

Banyak bahan la yang Eika bacakan...
Dan, Eika amat tertarik utk berkongsi dgn apa yang Eika baca mengenai "HAID"
Tajuk nye amat mudah kan...
Mestila Eika nak baca kan sbb Eika ada kaitan dgnnya...
Kitab yang Eika baca ni, kitab Taharah, "Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasa'il"

Anda semua tahu tak darah yang keluar dari kemaluan perempuan ada 10 nama?
1. haid
2. nifas
3. darras
4. tamas
5. a'asar
6. dhahak
7. 'arrak
8. firaq
9. tamath
10. ikbar

Eika selalu tertanya2 apa beza haid, nifas dgn istihadhah???
Dalam kitab tu Eika dah dpt tahula apa perbezaannya... heehee
Jawapannye???
Haid ialah darah yang keluar drpd rahim perempuan pd waktu-waktu tertentu pd jangka masa tertentu
Istihadah ialah darah penyakit yang keluar melalui saluran yang berhampiran dgn rahim, saluran itu disebut sebagai 'aazil, ia keluar setelah habis haid...
Nifas pula darah yang keluar dari rahim perempuan selepas kelahiran kandungan samada lahir normal atau keguguran...

Berapakah usia minimum utk didatangi haid dan berapa pula tempoh masa haid?

Sekurang-kurang umur utk didatangi haid bagi seorang perempuan mula kedatangan haid ialah ketika berusia lebih kurang 9 tahun... manakala tempoh masa haid plg singkat sehari semalam dan paling lama 15 hari 15 malam... tapi biasanya antara 6-7 hari la.

Yang paling penting, satu perkara ni Eika baru tahu... Perempuan haid pun dapat pahala bila terpaksa meninggalkan solat... tapi ada syarat2 nya...
Apabila seorang perempuan meninggalkan solat dgn NIAT dan QASAD semata-mata krn mematuhi perintah syarak, maka dia diberi ganjaran pahala. Tapi jika tak ada apa-apa niatmaka dia tidak diberi pahala (dan dia tidak dikira berdosa)...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...