Follow???

Music falling down

Tuesday, May 17, 2011

Peraturan mandi wajib~

Assalamualaikum...
Post yang lepas ada sambungan nye, kali ni Eika menulis lagi ttg cara2 nak suci semula selepas hadas besar...
Terima kasih kepada abang sbb memberi kesedaran ttg ni...
Eika ada merujuk buku "Bimbingan Fardhu Ain" oleh Ustaz Hj. Hassan Mahmud al-Hafiz
Eika saja je nak kongsi dengan kawan-kawan... jeng3x...

Ada 3 peringkat mandi wajib ni;

1. Niat

Maksudnya:

"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"

Niat hendaklah dilakukan ketika mula-mula menyampaikan air di badan.


2. Menghilangkan najis di badan sama ada najis aini atau hakumi

Najis aini ialah najis yang boleh dilihat seperti tahi, darah, nanah dan lain-lain. Manakala najis hakumi pula ialah najis yang tidak dapat dilihat zatnya seperti kesan air kencing kanak-kanak yang berumur tidak lebih dari dua tahundan menyusu ibunya sahaja atau kesan-kesan alkohol dan seumpamanya.

3. Menyampaikan air keseluruhan badan termasuk bulu dan celah-celah lipatan kulit badan

Bagaimanapun bulu dalam lubang hidung dan dalam telinga dan mati tidak wajib di basuh kerana ia dianggap bahagian dalam badan. Wajib juga basuh luar lubang telinga, lubang hidung serta segala kulit-kulit yang pecah di badan yang biasanya terjadi di kaki, celah-celah kemaluan dan sebagainya.


Ada juga perkara sunat ketika mandi wajib...

1. Menghadap ke arah kiblat
2. Membaca "bismillahirrahmanirrahim"
3. Membasuh dua tapak tangan
4. Mengambil wudhuk dahulu sebelum mandi wajib
5. Diniat dengannya sunat mandi junub seperti yang disebut terdahulu
6. Menggosok-gososok seluruh badan dengan tangan
7. Muwalat iaitu berturut-turut tanpa putus antara satu sama lain
8. Tertib iaitu ikut aturan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan
9. Membasuh tiga kali tiap-tiap basuhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...