Follow???

Music falling down

Tuesday, May 17, 2011

Pentingnya integriti dalam setiap gerak kerja masyarakat kini...

Assalamualaikum w.b.t. ...

Wahhh... Eika berminat la menekan papan kekunci laptop ni...
menulis dan menulis...
Eika terpengaruh la dgn apa yang hangat diperkatakan sekarang...
"Integriti"
Hehe... Eika tak adalah tertanya-tanya sgt apa itu integriti kan...
Dah nama pun kat Universiti Eika kelab Integriti...
Takkan Eika main sesuka je masuk kelab itu ini tanpa tahu apa matlamatnya...
Eika masuk kelab ni pun sbb tertarik dgn sorang "room mate" ni, (kak Shasha)dy duk menghafal segala bagai tentang integriti... tak habis2 dgr ttg nilai2 murni la macam2 la...
Plg penting tu Eika dgr diorng pergi perkhemahan tu... Eika suka tu...
Akhirnya, Eika pun jadila ahli...
Wahhh kene isi borang dan lekat gambar...
Plg tak boleh blah kan, Eika kena interview dgn Presiden dan s/u dy... ish3...
masa kena panggil interview tu Eika baru je dapat makanan yang di order... "baru je nak makan taw..."
Masa interview tu kena jawab macam2 soalan...
Eika cakap dalam hati, "aku nak masuk kelab and enjoy je, itupun kena jawab soalan2 ke..." hahaha
Setelah lama sikit berada dalam kelab ni Eika dapat menyelami sedikit sebanyak ttg integriti...
Sebenarnya, tak perlu kita dgr org pot-pet pot-pet atau ada seminar utk tahu apa itu integriti...
kita sendiri yang dapat rasa dan faham dgn menjalani aktiviti seharian kita...
cuma kelebihan Eika berada dalam kelab ni la... dapat extra advantages...

Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa UMT juga merupakan sebuah kelab eksekutif dan baru ditubuhkan di UMT dan mendapat sokongan dari Institut Integriti Malaysia...
Salah satu kelebihan kami ialah, kami mendapat sokongan dari luar...
Setakat ni hanya beberapa program sahaja yang dapat dilaksanakan dan dijangka pada semester hadapan lebih banyak lagi program...

Sekarang hangat memperkatakan tentang "Membudayakan Integriti" kan...
Sampaikan dalam tv pun iklan2 dah cakap ttg integriti...
maknanya, integriti itu sangat penting dalam setiap gerak kerja yang semua org lakukan untuk memastikan keberkesanan dan hasil yang menguntungkan semua orang...
Cuba bayangkan hidup kita dibelenggu dengan pelbagai masalah sikap yang tak dapat dibendung, pasti sudah kerugian besar yang semua org dapat...
paling kritikal sekarang, gejala "Rasuah"...

Setiap individu perlu sematkan nilai2 integriti dalam diri dan sanubari...
Para pemimpin juga harus menjadi pemimpin yang terhebat dan integriti merupakan kriteria utama yang ada dalam diri seorang pemimpin agar layak utk disegani dan dihormati...
Amat baik untuk mendapat pendedahan dari peringkat permulaan, muda dan organisasi dari bawahan hingga atasan...
Eika pasti, kini, untuk mendapatkan pekerjaan amatlah susah dan sudah pasti kriteria individu yang berintegriti amat dititikberatkan...
Eika juga harap Eika dapatlah belajar mendalami sifat2 berintegriti agar Eika juga dapat cemerlang kelak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...