Follow???

Music falling down

Friday, March 25, 2011

Mutiara kata~

Tuesday, March 22, 2011

Lirik Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Cinta Arjuna...

Kupeluk indah manisnya cinta,
Semuanya terasa indah,
Bagai di alam cerita cinta,
Hadir bahagia selama-lama
Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal ’tuk selamanya
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal ’tuk selamanya
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Ooooh… Percayalah bidadari…..

Monday, March 21, 2011

Semua orang penting buat Eika...

"SAHABAT,satu nama penuh makna..
ia hadir tika tawa,
ia dtg tika duka..
tiada pd CINTA..
tiada pd LAFAZ..
hanya kejujuran menyulami hati..
hanya keikhlasan menyirami jiwa..
kebaikan dihargai..
kesalahan dimaafi..
andai itu dinamakan SAHABAT..
bajailah ia..
moga kekal abadi selamanya..."

Kalau nak tahu... Eika seorang yang lemah semangat, senang nak jatuhkan Eika...
Kalau ade sesiapa yang dah lama jadi musuh Eika, meh Eika nak beritahu...
"kalau anda nak jatuhkan Eika, buat la Eika sedih of c0z Eika truk jd nye..."

Selain dari keluarga, abang, kakak... Eika ada ramai kawan2...
Sem0ga Eika ada lebih ramai kawan2 yang supportive banding kawan2 yang hasad (kalau ada)... hehe. Eika perlukan korang la... tolong la Eika...

kadang2 kita bernasib malang sbb kita hanya ada kawan smasa senang sahaja tapi bila kita susah, orang taknak kawan kita dah... Eyh... Eika pernah rase... Dalam pedih nye... Tapi tak apa. Eika sekarang mempunyai kawan2 baik... Sem0ga korang terharu dengan pengakuan Eika... Sape Eika ni? owh... korang kata "budak pendiam dah pandai bercakap"... hahhaa... tak apa... siap korang... Eika nak tiru mirul... Bole kan mirul...

Eika ade ramai kawan2... Maaf ya kawan2 tak dpt nk describe sorng2...
Sekarang di UMT, Eika rapat dgn geng2 Eika geng safari...
ade Aiffa, hajar, mirul, yan, schav, paein...
Mereka ni ser0nok cume Eika ajela yang selalu tak dapat nak samakan level keagresifan mcm dorg... (eika ni pasif)... buat sesuatu nak diam2... sume tak cakap... hahhaa
sorry la kawan2... sape suh korang tak pancing Eika, tak reti la nak mulakan...

Ni gmbr antara kawan2 Eika la... Eika pun ada, pakai tudung pink...



Mereka ni selalu menghidupkan suasana pabila suasana hampir menjadi suram... heh... kalau harapkan EIka memang suram la sentiasa... terima kasih kawan2...
bukan Eika ni tak reti nak bergembira cuma selalu nye Eika cepat rasa sedih, cepat rasa lain... Eika terima macam2 cabaran taw, macam2 dugaan... of c0z la kawan2 ni yang jd pelengkap utk Eika... bila gabung, c0mplete sudah kami geng safari... geng yang sentiasa happy go lucky...

antara geng safari saya,

aiffa @ ular = seorang yang sentiasa suke berkata2 (chatter-b0x), banyak st0ry yang 'hot' dari aiffa (bukan g0sip), tapi aiffa juga senang berkawan, tak salah la mcm mane Eika b0le kawan dgn aiffa... Best la. Aiffa selalu pentingkan friendship, selalu nak jaga hati orang walaupun hatinya sendiri sakit...

Hajar bek bek @ kambing biri2 = seorang yang sama spesis macam aiffa... haa... aja kawan Eika since matrik lagi... jodoh sampai sini... kat matrik aja la yang mula2 tegur Eika sbb Eika sgt2 senyap dan tak pernah bercakap. Kat sini Eika dah banyak sikit cakap... Hajar ni seorang yang teliti taw... sangat2 peka... selalu nye peka kat gigi tumpuan utama... takot eika kalau2 kat gigi ade pape slek, habis aja perasan... hahhaa

Mirul @ bi-a-wak = ni lagi sorang sahabat eika. Pggl aje mirul... Mirul ni pulak sangat2 caring... cume dy ni garang ar... cepat hangin... hoho... anyway, mirul dh banyak tolong eika taw... tq mirul...

Yan nyet2 @ nyet laut = hehe... ni kawan Eika yang paling suke dengki Eika... ade dy taknak bg Eika mesin baju, slalu buat eika jeles bila dy ade banyak duit 50 sen... hahhaa... tp yan ni bagus lah... dy walaupun kat luar nampak je keras tp jgn caye, dlm hati ade taman...

hurm.... ok la kawan2... Eika dah rase macam tak tahu nak cakap apa... sekadar tak sengaja terbahagia utk menulis ttg kawan2...

sebelum tu... Eika juga ade kakak dan ada abang. Mereka berdua adalah org2 yang menjadi teman baik Eika selalu... terima kasih abang Mahmud & kak Muslimah... Adik sayang korang!

Friday, March 18, 2011

Miserable~

Huwaaaa... miserable again...

Assalamualaikum semua...
jgn terpengaruh dgn tajuk Eika tu...hehe
Saje je... sedih tipu2...

Eika nak mintak semua mendoakan Eika utk test 2 dan final exam...
Eika sedang berhempas pulas utk memenangi perlumbaan antara Eika dgn "time"...
Time waits for no man...

Masa sem satu yang lepas, Eika dapat result boleh la, ok la...
Membantu Eika utk gune result tu utk mohon biasiswa dan asrama... tp tak thu lah...
masa sem satu dulu, Eika hanya study rilek co0l jek...
kawan2 kata Eika kuat study (dorg tak tawu ape kubuat sbnr nye...)
Act sama je dgn dorg ni... Eika study dorg study, Eika tak study dorg tak study (bila exam bacala... kan2???) hahhaa

Kalau ade sesiapa tanye kenapa sem 2 Eika meros0t, meh Eika jawab...
Eika seorang yg memerlukan ketenangan utk perf0rm...
sem 2 ni Eika byk gangguan mental...
fikir banyak benda... kadang2 benda yg bg org lain kecik aje...
"NOpe" bg Eika...

Sem satu kenapa result Eika go0d pulak???
Meh Eika jawab...
Mcm nih. Eika kan baru je masuk U time tu...
of coz la excited yg terlampau... akibat nye Eika dtg nye minat belajar...
Sem satu Eika tak le byk masalah sgt... ok je...
Study tak adala susah pun... Cume perlukan kesabaran...
Berkat kesabaran dan ketekunan Eika, plus usaha berterusan, Eika berjaya...

Kat sini Eika ingin melimpahkan rasa syukur kpd Allah kerana mengurniakan Eika akal yang cerdik... Eika ni jenis yg senang terima apa yg diajar dgn syarat;
1. dengar dgn jelas
2. fokus
3. repeat

Cuma, Eika ada satu masalah kpd sbjek yg memb0sankan... faham2lah kan sbjek yg mcm mane... of c0z la sbjek yg tak brapa nk seni tu... hehe...
Okla kawan... Eika rasa penat menulis... salam.

Monday, March 14, 2011

Money Again~

Wow! Yesterday Eika was thinking ab0ut her money management... Thus, i remember the rule number one taught by Dr Hii, "Money is everything..."

Last month i spent about RM400. That make me got headache bcoz it make me left RM200 over budget last month.I usually spend about RM200 each month. That include all the payment...But, last month i have to pay for many things I think i have to do something that cud help me to balance the budget. If not, i'll face the financial problem soon...

Apparently, i have a little saving... but not much la... haha
Still got effort to do something for my future. Actually, my dream is to be someone who can stand up independently. But, i am just at the stage of learning... Learn the way to succeed...

Now, i join a bussines. I think it is the only chance for me to learn about how to manage my finance. Although i am busy with lot of works, i still have to balance all my activities. Therefore, i should avoid any problem especially the financial problem by doing saving.

Sunday, March 13, 2011

Sentiasalah Teguh Pendirian

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah pada hari ini Eika terdetik utk menulis tentang istiqamah, yakni teguh pendirian...

Istiqamah atau erti kata lain tetap pendirian adalah satu perkara yg penting bagi setiap orang terutama yang muslim. Pada pendapat Eika, tanpa sifat istiqamah seseorang individu boleh terpesong jauh dari landasan yang sebenar. Bagi Eika, Eika cube mengambil contoh yang mudah. Contohnya jika seseorang tidak mempunyai sifat teguh pendirian, dengan mudahnya ia boleh terjebak dengan pelbagai perkara yang tidak baik. Dengan adanya sifat istiqamah la seseorang dapat menjaga kemuliaan diri. Lebih teruk lagi apabila seseorang banyak dan sering dipengaruhi oleh unsur2 negatif dari persekitaran.

Disini, Eika ada mendapatkan contoh2 ayat Al Quran untuk panduan semua. Boleh la tolong Eika menyemak semula untuk Eika.



Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui".

(10:89)


Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(11:112)

Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan (Nya),
(41:6)


Maka karena itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nya lah kembali (kita)"
(42:15)


Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.
(45:18)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.
(46:13)


Nampaknya setakat ini sahaja perkongsian Eika. sejujur2 nya Eika terdetik tentang sifat teguh pendirian. Dalam tertanya2 di hati, Eika pun menulis tentang sifat istiqamah ini. Semoga kalian mendapat informasi dari pembacaan ini.

Saya Pembimbing Rakan Siswa???

Pada 11 Mac yg lepas, Eika mengikuti seminar PRS di Unisza... Eika ikut serta kursus kerana diajak oleh roommate, Shah... Akan tetapi, Eika tak sangka sangat2 sesiapa yg hadir untuk kursus itu telah ditauliahkan menjadi PRS... "Pembimbing Rakan Siswa"


Pembimbing rakan siswa ni jangan disalah ertikan. Kami bukan kaunselor sebaliknya kami adalah pendengar dan pembantu dalam memberi idea. Saya sendiri secara tiba2 tertauliah sebagai PRS. Tapi ianya tidak mengapa kerana saya pernah menjadi PRS sebelum ini.



Harap2 dengan menyertai PRS Eika dapat tolong diri Eika sendiri utk lebih maju disamping itu Eika dapat membantu rakan2 yang lain. Itulah halatuju PRS sebenarnya.


Agak biasa sahaja dgn pentauliahan itu... Cuma sebenar nye taknak menambah lagi tugas Eika... huhu... PRS ni pun bukan benda asing sbb selama dari sekolah, matrik sampai sekarang Eika memang jodoh menjadi PRS... cuma kat matrik dy dpanggil Pembimbung Rakan Dinamik... Skola Pembimbing Rakan Sebaya... Kat U Pembimbing Rakan Siswa...
Dalam kursus ni Eika dilatih menjadi pembimbing rakan2 yg baik...



First Year as aquaculture student~




They are my friends who study in the field of applied science, Bachelor of Science in Agrotechnology (Aquaculture)... We all are the luckiest students because we were chosen in this course and we met each other and become good friend...

My dream, i wish all of us will get the best for our future and we will succeed together. Goodluck all my friends!

Tuesday, March 1, 2011

Kecantikan Rambut Harus Dijaga~

Assalamualaikum semua!

Tahukah bahawa setiap rambut berpunca dari folikelnya sendiri???
Kadar pertumbuhan rambut juga 1.25cm setiap bulan...

Siapa inginkan rambut yang cantik, kemas dan berseri???
mestila semua org impikan rambut yg cantik menawan...
apa kata kita sama2 menjaga kecantikan rambut kita...
senang sahaja;

1. Basuh rambut dgn kerap... Rambut yg normal boleh basuh setiap 5-7 hari...
Rambut berminyak perlu basuh dgn lebih kerap... hehe... cik Eika no comment...

2. Pastikan syampo yg digunakan sesuai dgn rambut kite...

3. Gunakan berus rambut atau sikat yg bersih dan jgn meminjamkannya kpd org lain

4. Selepas rambut disyampo... gunakanlah perapi utk melembutkan lagi rambut... kalau
kalau nak guna perapi yg dibeli pun ok... kalau tak gunakan kuning telur dan urut
pada kulit kepala dan rambut yang basah. Biarkan sejenak dan kemudian basuhkannya
drpd rambut...

okeh... itu sahaja. sebagi seorang remaja kite kene faham lah bahawa kulit berminyak dan rambut berminyak adalah normal dan kita harus mengawalnya...

Sunday, February 20, 2011

Diet ape yang sesuai utk jenis darah anda?

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB dan O.

Diet untuk Golongan Darah A
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengahari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet untuk Golongan Darah B
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet untuk Golongan Darah AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan dari jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet untuk Golongan Darah O
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D’Adamo ataupun tidak.

Ciri-ciri sahabat yang baik~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2 Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3 Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4 Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5 Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6 Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7 Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8 Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9 Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10 Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11 Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12 Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Friday, February 18, 2011

Thank y0u kawan~

Cik Eika yang lemah longlai sudah mula kebah dari sakit nye... yeay!
thanks God! "Allahumma 'aafini fi badani..." itulah doaku...
Eika tak sangka sakit tak melarat sampi lbih sehari...

Semalam Eika mula rasa tak sedap badan, muntah2, sakit perut & sakit kpala sume...
plg sakit, muntah2 5 kali dgn rasa perit kat perut...
then, Eika nye idung ade darah keluar... kahak pun ade darah... patotlah sakit...

Apa yg penting, Eika sgt2 berterima kasih kat Shah & Mirul sbb dorg dah tlg Eika...
Hantar Eika smpi maghrib bru balik...
tu nsib baik tak tggu kt HSNZ... g klinik 1 Malaysia kat seberang takir...
dgn bantuan sahabat2 eika tu, eika mula semakin pulih...

Cuma, Eika still sakit2 lagi... tak apa...
sekurang2 nye, Eika tak jd org lembik mcm semalam...
seriously, Eika kata semalam rasa mcm separuh nyawa je...
seluruh badan sakit... hurm...
Mirul & Shah, Eika sayang korang!!!

Thursday, February 17, 2011

Kenapa Hati Saya Terguris~

bila sebut tentang persahabatan, smua org nk jd happy...
Wahhhhh!!! happy nye hidup... seronok nye... bahgia nye...
Tp, saya sekarang, belum dapat jumpa lagi persahabatan yg macam tu...
Laaa... kasihan nye Eika ni... ish3x...
Sekarang kat UMT... eika ada membe...
Tp, membe yang Eika sayang tapi pada Eika biasa2 shj...
Sbb... Eika jarang diajak bersama2 mereka...
Tak apa, Eika ada ramai kawan... cukuplah...
Kata Abg Mahmud, kawan yg baik adalah sahabat yg berkawan kerana Allah...
Sahabat yg byk memberi kebaikan kepada kita...
Eika tak cakap pun membe2 Eika tak baik...
Cuma, Eika sebenar nye cemburu dgn mereka...
Slalu kalau jalan sama2, macam Eika ni tak ada...
contoh, Abu ajak si Ali itu ini, ape2 pun Ali... itu Ali ini Ali...
Eika tak marah... biasala tu...
kalau org tu lebih senang dgn sesiapa...
Cuma... Eika tak suke jadi patung, robot, tembok...
Harap kawan2 mengerti suatu hari nanti...
Sbnr nye Eika memang kecil hati...
Tp, kawan2 tak care itu... pd mereka Eika tak ada perasaan...
tak apa... Eika skrg bz... kalau tak bz, eika akn mem Busy kan diri ni...
Eika cakap betul, bukan merungut ya...
Hurm.....
Perkara lagi satu...
ade tak sapa2 yg suka org tak hargai dy?
Eika tak suke... apa2 yg Eika buat Eika tak mintak blsn ape, tp wajib hargai...
tak kire... itu Eika...
So, kalau ade pape, Eika dh tlg sape2 utk even benda remeh, jgn abaikan...
haa....
plg penting...
sifat kekongkeran org... Eika sbnr tak suke...
pentingkan diri...
pembelot...
pilih kasih...
dan lain2... okay, Eika nak tido ni... Salam...

Monday, February 14, 2011

MAYAT MCM MANA YANG TAK BUSUK BANGKIT DARI KUBUR~

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'..." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Sunday, February 13, 2011

ERTI CINTA???

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin.

Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui pa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

Apabila seseorang lelaki telah berkahwin, mereka beranggapan perkataan "cinta" tidak perlu lagi dilafazkan. Inilah punca utama yang sering terjadi, wanita atau isteri merasa kecil hati, tidak lagi dihargai malah ada ketikanya mereka merasakan si suami tidak lagi kasih kepadanya. Ada yang lebih parah apabila mengatakan si suami mempunyai kekasih lain.

Wanita mahukan cinta dizahirkan dengan cara perkataan juga perbuatan. Pusat cinta dan kemesraan perhubungan bagi wanita dan lelaki ialah dengan aktiviti bercakap-cakap dan berbincang mengenainya.

Pusat cinta bagi lelaki pula ialah aktiviti fizikal, begitu juga pusat hubungan nikmat kemesraan hubungan dengan pasangannya. Mereka lebih suka melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangannya dan melalui cara ini mereka telah menzahirkan perasaan cinta.

Berdasarkan pada hakikat ini, pihak wanita perlu memahami hasrat dan cara lelaki mebicarakan soal cinta. Mereka perlu turut serta dalam aktiviti yang diminati pasangannya.

Contohnya, jika si lelaki mempunyai hobi memancing, sekali sekala si isteri pergi bersama dan dalam keadaan begini si suami merasai dicintai dan disayangi.

Lelaki juga perlu ambil tahu akan keinginan pasangannya. Apalah salahnya jika mengucapkan kata-kata cinta pada hari istimewa si isteri seperti hari ulang tahun perkahwinan atau hari ulangtahun kelahirannya.

Adalah lebih baik jika diberikan hadiah-hadiah yang lebih romantik seperti bunga, cincin idaman dan sebagainya. Dengan kesefahaman kedua-dua belah pihak maka kehidupan akan menjadi lebih ceria dan gembira.

Kenali personaliti lelaki muslimin mengikut bln kelahiran Islam

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.



Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya?ban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

sekadar penduan untuk kita tetapi jangan terlalu percaya...

wallahua'lam...."

Monday, February 7, 2011

After CNY~

tik tok tik tok...
kenapalah masa cepat sgt berlalu... tak sempat nk rasa nikmat cuti...
*itulah keluhan dari hati kecil eika smasa cuti Chinese New Year...

eika: eh... Seminggu je ke cuti saya??? huhu...
syaitan: baik ko rilek2 je... kalau tak rugi... tak payah study...
eika: yela... kan cuti... baik aku gune sepenuh masa utk bersuka...
syaitan: betul tu... aku stuju. Ko pegila bermain...

Kemudian, eika pun menutup buku yang baru dibacanya stlh penat mengelamun dan trus melakukan aktiviti yg lebih seronok(leka)... akhirnye, segala target utk belajar, cover pljrn yang lemah & siapkan assignment jd terbengkalai...

(cuti tinggal 2-3 hari)

eika: alamak! biostat tak siap!
syaitan: tak apa. Jgn risau nanti ko bole siap punye...
eika: ah! kenapa aku ni! huh! rugi nye cuti!!!

walaupun eika memang sdg bercuti di Cherating & Kelantan, tapi segala kerja masih dibawa... harapan agar dpt siapkan...

eika: Nampaknye kerja aku tak siap ag... alah... eika pun dgn sungguh2 siapkan kerja2 yg diberi dgn segala daya upaya nye...
syaitan: apela kamu ni... masih ada masa utk berseronok... enjoy ur life!
eika: no.. no.. no..

akhirnye eika berjaya siapkan assignment dgn daya usaha yang maksima...

balik U ayah ibu eika yang hantar... eika tak rasa kecewa sgt tp eika gembira walaupun telah menerima hasutan yg bertubi2 dari syaitan tp eika still dpt siapkan kerja & happy... hehehe...

Friday, January 28, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...